fbpx

Yamaha harap sentuhan Crutchlow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRUTCHLOW menjadi pelumba ujian buat Yamaha dan memerlukan respons terbaik dalam usaha membangunkan jentera terbaik mereka. – AFP

MADRID – Maverick Vinales percaya dengan sentuhan Cal Crutchlow sebagai pelumba ujian mampu memberi nilai tambah kepada Yamaha musim ini selepas mereka sekadar meraih satu kemenangan pada musim 2020.

Musim lalu, Yamaha berdepan masalah terutama dari segi pelumba ujinya iaitu Jorge Lorenzo yang hanya beraksi sebanyak empat kali, sekali gus gagal memberi maklum balas terbaik kepada pembangunan jentera Yamaha YZR-M1 pada musim lalu.

“Pada musim 2020, kami tidak mendapat sebarang kemajuan sejak perlumbaan pertama. Kami memerlukan pasukan ujian yang mampu membangunkan jentera. Saya harap kehadiran Cruthchlow mampu membawa perubahan kepada kami musim ini.

“Apa yang paling saya suka tentang Cruthclow adalah mengenai ketegasannya ketika memberi pandangan mengenai jentera. Dia bercakap secara telus dan jika ada masalah dia tidak akan menyembunyikan.

“Itu yang kita perlukan untuk membangunkan jentera. Kita harus memahami masalah apa yang kita sedang lalui. Bukan selepas lima bulan baru mengesan masalah tersebut.

“Saya yakin ‘DNA’ Crutchlow akan membawa perubahan kepada Yamaha dan kami mampu tampil dengan lebih cemerlang berbanding musim lalu,” kata Vinales.

Pada musim 2021 ini, Vinales akan bekerjasama dengan Fabio Quartararo selepas Valentino Rossi membuat keputusan untuk menyertai pasukan satelit Yamaha iaitu Petronas Sepang Racing Team (SRT). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI