fbpx

Formula ekonomi beri impak positif, pelaburan meningkat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Formula ekonomi yang dirangka Kerajaan Madani terus membuahkan hasil apabila nilai pelaburan negara terus meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dan syarikat gergasi dunia semakin komited untuk melabur di Malaysia.

Ujarnya, ia ekoran pelbagai inisiatif telah digerakkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperbetulkan kepincangan sejak lebih dua tahun pentadbiran kerajaan.

“Antaranya Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) dan kerjasama pembangunan di utara Semenanjung bersama Thailand untuk melonjak pertumbuhan ekonomi di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta empat wilayah selatan Thailand,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia kini menerajui strategi Grid Tenaga ASEAN, yang akan menghubungkan jaringan tenaga dari Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Singapura hingga ke Indonesia dan Filipina, dengan Sarawak memainkan peranan utama sebagai hab tenaga serantau.

“Forest City pula berpotensi sebagai pusat kewangan baharu dengan insentif menarik, sementara Kuala Lumpur akan memanfaatkan TRX sebagai hab kewangan utama.,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI