fbpx

Kerajaan teliti semula SOSMA demi keselamatan negara, hak asasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin hadir merasmikan Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Persiaran Kapal Singh, hari ini.

GEORGE TOWN – Beberapa seksyen dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan disemak serta diteliti semula bagi memastikan keseimbangan antara keselamatan negara dan hak asasi individu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata semakan semula ini mengambil kira keperluan untuk mengekalkan peruntukan tertentu bagi menangani jenayah terancang dan ancaman keselamatan ekstrem, namun pada masa yang sama meneliti aspek keadilan dalam pelaksanaannya.

“Kita nak timbangkan keseimbangan, iaitu antara kewajipan mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam serta menghormati hak asasi seseorang individu.

“Perkara ini yang menjadi fokus kepada pembentangan saya (Kenyataan Menteri) di Parlimen minggu depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Persiaran Karpal Singh, di sini hari ini.

Semalam, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,
Mesyuarat Kabinet bersetuju agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Fahmi berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam susulan pengumuman pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), pada Khamis.

Menurut Saifuddin, Kabinet dalam mesyuaratnya semalam telah meneliti beberapa aspek penting dalam SOSMA antaranya termasuk Seksyen 13 yang berkaitan dengan soal jaminan (bail).

Katanya, perbincangan Kabinet itu juga turut menilai bagaimana SOSMA perlu digunakan dalam kes jenayah terancang seperti gangsterisme ekstrem serta keganasan yang mengancam keselamatan negara.

“Semalam Jemaah Menteri perhalusi aspek mana misalnya SOSMA ini digunakan dalam kes-kes jenayah terancang atau gangsterism yang tahap ekstrem yang tak terjangkau dek akal tetapi berlaku.

“Atau ada berlaku jenayah sadis, misalnya berkaitan dengan terrorism, aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Jadi ada kewajarannya untuk SOSMA ini diguna pakai, namun terdapat juga seksyen seksyen tertentu yang Kabinet berpendapat perlu untuk ditengok kembali,”katanya.

Tambah beliau, semakan ke atas SOSMA itu bukan sekadar keputusan Kabinet secara tiba-tiba, tetapi hasil sesi libat urus yang telah dijalankan secara berterusan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya sepanjang dua tahun saya duduk di KDN sesi sesi libat urus ini kami lakukan secara berterusan. Kami adakan bengkel kami adakan perbincangan kami panggil pakar pakar (bincang mengenai SOSMA,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI