fbpx

Bertanding atau tidak, Anwar serah kepada PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambaikan tangan selepas menyempurnakan pecah tanah PRR Harmoni Madani Bestari Jaya hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Keputusan sama ada dua jawatan tertinggi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipertandingkan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau menghormati proses demokrasi dan tidak akan menganggu proses urusan itu.

“Biar mereka putuskan, saya tidak campur. Biar demokrasi (tentukan) yang bertanding dan tak bertanding, parti putuskan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan menyatakan PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang ketika ini disandang oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bagaimanapun cadangan tersebut dipersoalkan kewajarannya oleh
Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Veteran PKR, Hassan Abdul Karim serta Bekas Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub bahawa perlu mempertahankan demokrasi dalam parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI