fbpx

Sekumpulan anjing mati diracun di Assam Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan yang dipercayai diracun turut ditemui di lokasi anjing-anjing tersebut mati.

TAIPING – Lebih lima ekor anjing mati dipercayai diracun menggunakan makanan di Assam Kumbang di sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook, Shazwana Irwandaa di laman Taiping D Av@ngers yang memberitahu, kesemua anjing itu tidak mendatangkan masalah kepada komuniti setempat.

“Hari Isnin petang dan selasa pagi semua anjing dalam gambar ini mati diracun tanpa sebab. Kawasan Assam Kumbang, saya tak tahu apa masalah manusia kejam macam ini sampai sanggup racun binatang.

“Padahal anjing ini semua tak kacau orang pun, sebab saya juga duk bagi makan di depan kedai sendiri. Ini bukan anjing liar tetapi semua anjing peliharaan tokong dan di kawasan kedai saya,” katanya dalam hantara itu.

Katanya, dia tidak akan memaafkan pelaku yang membunuh semua anjing tersebut di kawasan kedainya.

“Tunggu saya dapatkan video dari televisyen litar tertutup (CCTV) depan kedai, jadi manusia itu cubalah berperikemanusiaan sikit,” katanya.

Gambar-gambar yang dikonsikan Shazwana menunjukkan keadaan bangkai anjing-anjing tersebut yang bergelimpangan di atas jalan, kawasan padang serta di dalam longkang dengan mulutnya berbuih.

Terdapat juga gambar makanan yang dipercayai diracun dan diletakkan di dalam bungkusan akhbar dimuat naik ke hantaran Facebook tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI