fbpx

Tambahan kuota pelatih tangani isu jururawat berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Soon (dua dari kiri) meletak tapak tangan sempena gimik perasmian pada Majlis Perasmian Makmal Jantung dan Pusat Dialisis di Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn di Johor Bahru hari ini. FOTO BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan (KKM) menambah kuota pelatih jururawat baharu di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) seluruh negara termasuk di Johor, bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, penambahan kuota itu merupakan antara usaha diambil dalam berdepan isu penghijrahan jururawat ke luar negara jiran.

Menurut beliau, cabaran tersebut lebih besar di Johor kerana berjiran dengan Singapura yang menawarkan gaji sehingga lebih tiga kali ganda.

“Kita tidak dapat lari dari cabaran ini, oleh itu kami telah kerap berbincang dengan KKM untuk pertingkat peluang individu yang berminat dalam bidang kesihatan sebagai jururawat.

“Sehubungan itu, KKM telah bersetuju menambah kuota kepada 2,000 pelatih baharu termasuk di ILKMM Kempas di sini dan di Parit Raja, Batu Pahat dengan kuota 100 jururawat baharu setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu Sempena Ulang Tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Selain itu katanya, pihak hospital swasta turut berusaha meningkatkan kapasiti jururawat mereka dengan menawarkan pembiayaan bagi menyambung pengajian bidang kejururawatan dan terus menawarkan peluang pekerjaan secara kontrak.

sebelum ini, sebuah laman web iaitu CodeBlue melaporkan ramai jururawat tempatan berpindah untuk berkhidmat di luar negara kerana menerima tawaran pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI