fbpx

Suspek hentak kepala wanita COD ditahan di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat mangsa yang dipercayai dibunuh di Kuantan kelmarin.

KUANTAN – Polis hari ini berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh dengan kejam seorang wanita yang menjalankan urus niaga hantaran tunai (COD) di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada pukul 5.30 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak Kuala Terengganu.

“Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang peniaga wanita yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ketika menjalankan COD di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini kelmarin.

Mayat peniaga makanan, Norshamira Zainal,37, ditemui pada pukul 12.45 tengah hari selepas 17 jam dilaporkan hilang ketika keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang menjadi suspek kes tersebut.

Menurut Wan Mohd. Zahari, susulan penangkapan suspek, polis turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Katanya, pihak polis akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI