fbpx

[VIDEO] Lebih 14 buah kenderaan rosak, langgar ‘barang kereta’ jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian di mana lebih daripada 14 buah kenderaan rosak di Lebuh Raya Utara-Selatan hari ini.

PETALING JAYA – Lebih 14 buah kenderaan dilaporkan rosak dan tersadai di sebuah lebuh raya, kerana terlanggar sebuah objek dari satu bahagian kereta.

Difahamkan kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial hari ini, kejadian itu menyebabkan lebih 14 buah kenderaan rosak dan tersadai di bahagian tepi lebuh raya terbabit.

“Lebih kurang 14 buah, tapi tidak pasti betul atau tidak sebab ada dua tiga buah kereta tonto juga berhenti di situ,” tulis video tersebut.

Video tersebut turut mendapat perhatian orang awam,ada juga yang menyifatkan kejadian tersebut berlaku akibat dari kelakuan kianat orang tidak bertanggungjawab.

“Tak nak tuduh, tapi biasa kalau tonto laju je sampai, saya rasa itu perbuatan kianat, saya nasihatkan berhati-hati bagi kaum hawa,” kata Hazami.

“Masya-Allah, sampai 14 buah kereta, nak cari duit jangan susahkan orang. Rasanya boleh claim dengan konsesi lebuh raya kalau kes macam ni,” kata Farhatul Asyikin. – KOSMO! ONLINE.

@nizarwatie Replying to @kakgee._28 ♬ original sound – Ladywatie | Affiliate

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI