fbpx

Ajak Shiro jadi wira, bantu bomba pujuk lelaki cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ajak ketika cuba memujuk individu tersebut hari ini.

PETALING JAYA – Pelawak serta penyampai radio, Ajak Shiro atau nama sebenarnya Hanaffi Razak menjadi wira apabila berjaya memujuk seorang lelaki dari cubaan membunuh diri hari ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Suria FM dalam satu kenyataan di media sosial berkata, kejadian berkenaan berlaku pagi tadi di Menara Peladang, Kuala Lumpur yang mana individu itu dikatakan mahu bercakap dengan kenalannya iaitu Ajak.

“Individu itu dikatakan mahu bercakap dengan Ajak sejurus menyatakan hasrat untuk membunuh diri.

“Pihak Bomba dengan bantuan penyampai radio Suria FM, Ajak akhirnya berjaya memujuk dan menyelamatkan individu itu,” jelas Suria FM.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tindakan pantas anggota bomba dengan bantuan seorang penyampai radio tempatan berjaya menyelamatkan seorang lelaki dalam cubaan bunuh diri di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jalan Sultan Salahuddin, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 49 tahun itu yang bekerja sendiri bertindak sedemikian dipercayai akibat tekanan hidup.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui sistem MERS999 kira-kira pukul 10.23 pagi.

Katanya, panggilan itu dibuat oleh mangsa sendiri dan telah dijawab petugas PGO yang mengendalikan proses memujuk individu berkenaan melalui perbualan telefon.

“Individu tersebut juga memohon untuk bercakap dengan kenalannya iaitu seorang selebriti tanah air yang juga penyampai radio.

“PGO Kuala Lumpur berjaya menghubungi selebriti itu sebelum menyambungkan talian kepada invidivu tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI