fbpx

Warga asing di Melaka dibenarkan solat Aidiladha di kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim menunjukkan surat kenyataan kebenaran khas untuk warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di dalam kawasan kilang di tempat kerja masing-masing.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Warga asing yang bergama Islam di negeri ini dibenarkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di dalam kawasan kilang di tempat kerja masing-masing.

Kebenaran itu dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka selepas kerajaan masih belum membenarkan golongan itu menunaikan solat di masjid dan surau sebagai langkah mengawal penularan Covid-19.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, bagaimanapun pihak majikan terlebih dahulu perlu membuat permohonan di Jabatan Mufti bagi menjalankan majlis tersebut.

“Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi memberi peluang kepada warga asing untuk bersama-sama mengimarahkan sambutan Aidiladha.

“Bagaimanapun semua ini bergantung kepada toleransi pihak majikan kerana mereka perlu membuat permohonan dan menyediakan ruang menggunakan kawasan lapang di dalam kawasan kilang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Jabatan Mufti Melaka di sini tadi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pihaknya juga telah menerima hampir 80 permohonan kebenaran khas itu dari surau seluruh Melaka bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai untuk menjadi lebih bijak dalam menormalisasikan norma baru ini sepanjang perayaan termasuk hanya mengagihkan daging dari rumah ke rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, mereka yang ingin menunaikan solat di rumah pula perlulah memastikan jumlah seisi keluarga tidak melebihi had maksimum 20 orang seperti yang disarankan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI