fbpx

Piala Cabaran: The Cops sedia ‘gari’ Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maniam ( dua dari kanan) pada sidang media final Piala Cabaran di Stadium MBPJ hari ini. - Foto MFL

KETUA jurulatih skuad PDRM FC, P. Maniam percaya pasukannya tidak tertekan dengan status juara bertahan menjelang aksi final pertama Piala Cabaran menentang Selangor FC malam ini.

Menurut Maniam, semua pemain The Cops bersedia untuk berikan yang terbaik dalam usaha melakar keputusan positif untuk dibawa sebagai bekal sebelum harungi final kedua minggu depan.

“Kita akan berikan yang terbaik sejurus wisel permulaan ditiupkan. Kita tahu kualiti yang ada pada pasukan Selangor yang dibarisi ramai pemain bagus.

“Namun, saya percaya pemain akan memberikan kesungguhan di atas padang walaupun sedar Selangor kini berada dalam momentum terbaik selepas 10 aksi tanpa tewas.

“Apa yang penting, pemain perlu beraksi tanpa sebarang tekanan walaupun kita juara bertahan, pemain kena ingat beraksi di final pun sudah cukup,” katanya pada sidang media di Stadium MBPJ hari ini.

Sementara itu, Maniam yang pernah membimbing Gergasi Merah sebelum ini mengakui tidak terkejut apabila pasukan lawan sudah 10 tahun tidak menjuarai sebarang trofi domestik.

“Kita tahu buat masa ini kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi saingan bola sepak di Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan selamat maju jaya buat pasukan lawan kerana kita juga tidak akan beri laluan mudah buat mereka,” katanya.

Piala Cabaran telah diperkenalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sejak 2018 dengan Terengganu FC II (TFC II) bergelar juara pada edisi sulung disusuli Johor Darul Ta’zim II (2019) dan PDRM FC pada musim 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI