SEBELUM ini kecoh khabar angin Siti Saleha bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.
Mana tidaknya, Saleha juga dilihat sudah diraikan dalam sebuah parti bujang, namun sehingga hari ini tuan badan tidak berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.
Baru-baru ini Diva perasan Saleha ada muat naik foto bersama kekasih hatinya, Joshua Fitton ala-ala ‘pre wedding’.
Bila sudah muat naik foto begitu, memang Diva rasa hari bahagia mereka semakin hampir. Entah-entah, bulan ini Saleha tamatkan zaman solonya.
Tapi benda baik buat apa nak tangguh dan sepatutnya dipercepatkan. Mereka pun sama cantik sama padan.
Tak sabar pula nak lihat Saleha dalam persalinan baju pengantin, mesti cantik!
Diva: Lagu siapa yang akan bergelar Juara Lagu ke-39 esok. Mungkinkah lagu Masdo, Nadeera atau Hael?