fbpx

Jakim, Jawi terus gerakkan misi bantuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (depan) hadir majlis pelepasan konvoi misi bantuan mangsa banjir di Pahang di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meneruskan misi bantuan kemanusian bagi meringankan beban mangsa banjir di Pahang.

Majlis pelepasan misi bantuan membabitkan konvoi 12 buah kenderaan dan penyertaan seramai 24 orang sukarelawan itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad al-Bakri pagi tadi.

Misi bantuan itu turut disertai pasukan bantuan banjir Jawi, Jakim, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,Taman Sri Rampai, Setapak serta pasukan sukarelawan RINTIS (Rescue In Team Insan Sejahtera) 3.0.

Ia turut membabitkan Jawi Food Bank dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bantuan kali ini membawa bantuan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula, dan minyak masak serta keperluan harian seperti tilam, bantal dan sejadah bernilai RM 78,000 untuk diagihkan kepada golongan yang terkesan.

Menurutnya, konvoi pasukan sukarelawan dijangka membuat serahan sumbangan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Temerloh Pahang yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

“Bantuan kemanusiaan ini adalah siri keempat dilaksanakan oleh Jawi bersama masjid-masjid Wilayah Persekutuan dan rakan strategik lain.

“Misi seumpama ini pernah dilaksanakan di Pahang dan Kelantan sejak minggu lalu membabitkan bantuan bernilai RM 275,000,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI