KLUANG – Aksi anggota peronda polis mengejar sebuah kereta berwarna kuning di Kampung Melayu dan Bandar Kluang tular di media sosial hari ini.
Pemandu kereta Honda Accord itu dipercayai bagaimanapun berjaya ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di simpang lampu isyarat di tengah bandar tersebut.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian masih belum diperoleh.
Beberapa video mwngenai kejadian itu yang dirakam orang ramai turut tular di Facebook. – KOSMO! ONLINE