fbpx

Wanita dibunuh lepas COD makanan di tepi Sungai Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mayat mangsa ditemukan ditepi Sungai Kuantan.

KUANTAN – Seorang wanita berusia 37 tahun maut dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam.

Mangsa seorang peniaga makanan dikatakan pergi ke kawasan berhampiran jambatan tersebut untuk menghantar makanan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan pakar patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) melakukan siasatan di lokasi.

“Pemeriksaan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh si mati.

“Menurut saksi mangsa datang ke tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga hantaran (COD) pada pukul 7.30 malam kelmarin,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat wanita itu dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.

Polis memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian bunuh tdersebut keraan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI