TAIPEI – Satu kejadian disyaki letupan gas di sebuah pusat beli-belah di Taiwan membunuh sekurang-kurangnya empat orang, manakala lapan yang lain dimasukkan ke hospital, kata pihak bomba.
Letupan berlaku di medan selera tingkat 12 pusat beli-belah Shin Kong Mitsubishi, bandar Taichung hari ini.
Antara korban termasuk dua pelawat dari Macau, demikian menurut pengesahan Pejabat Pelancongan Macau.
Media tempatan melaporkan, mereka adalah daripada tujuh sekeluarga yang melancong ke Taiwan.
Berpuluh-puluh anggota bomba di kerahkan ke tempat kejadian sekitar pukul 11.30 pagi( waktu tempatan)
Seorang wanita yang berada di tingkat enam pusat beli-belah itu berkata, terdapat bunyi dan gegaran kuat diikuti oleh serpihan jatuh bertaburan.
“Pada mulanya, kami menyangka gempa bumi berlaku
“Bagaimanapun apabila saya berjalan turun tangga, terdapat serpihan kaca di setiap tingkat berhampiran pintu lif.
“Semua tingkat terjejas,” katanya. – AGENSI