fbpx

Datuk 66 tahun lari ke balai polis, hasrat kahwin lain ditentang keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BW meluahkan masalahnya kepada anggota-anggota polis di balai. - Polis Ciputat Timur

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 66 tahun mengunjungi sebuah balai polis di Tangerang Selatan, wilayah Banten selepas hasratnya untuk berkahwin lain ditentang oleh keluarganya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menurut Ketua Polis Ciputat Timur, Komisioner Bambang Askar, lelaki dikenali sebagai BW itu muncul di balai dalam keadaan sugul  sebelum meminta segelas air.

“Dia datang dengan keadaan sugul dan mengaku ingin pulang ke rumah. Disebabkan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia datang ke balai polis,” kata Bambang.

Tambah Bambang, BW pada awalnya enggan berbicara, namun dia akhirnya membuka mulut dan memberitahu masalahnya selepas dipujuk.

“Lelaki itu bukan diusir dari rumah, sebaliknya melarikan diri kerana hasratnya untuk berkahwin lain ditentang oleh ahli keluarganya,” katanya.

Bambang berkata, meskipun ‘kes’ itu bukan tergolong sebagai jenayah, dia gembira kerana ia membuktikan bahawa orang ramai merasakan balai polis adalah tempat yang selamat.

“Bagus, individu yang berumur begitu menjadikan balai polis sebagai lokasi yang selamat dan tenang untuk mengadu,” katanya.

Bambang menambah, BW telah pulang ke pangkuan anak-anaknya di rumah mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI