fbpx

Badan kereta dipenuhi duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADAN sebuah kereta dipenuhi dengan duit syiling. - Foto @experiment_king/Instagram

NEW DELHI – Seorang lelaki menghiasi badan keretanya dengan tampalan duit syiling satu rupee dalam dekorasi yang mengejutkan netizen, lapor portal berita The Indian Express hari ini. 

Video memaparkan kereta tersebut bersinar di bawah cahaya matahari disebabkan oleh duit syiling itu tular di media sosial.

Seorang netizen berkongsi video itu di platform Instagram.

“Kereta wang,” demikian  menurut keterangan video itu.

Walaupun sebilangan netizen memuji pemilik kereta kerana melakukan ‘hiasan’ itu, ramai juga dalam kalangan mereka mengkritiknya. 

“Siapakah mereka ini, dari mana mereka berasal?” kata seorang netizen. 

“Mengapa anda menyalahgunakan duit  itu,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI