fbpx

China bimbang ‘kiamat’ asteroid, tubuh pasukan lindungi Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid YR4 yang bersaiz besar sedang menuju ke Bumi. - Agensi

BEIJING  –  China menubuhkan pasukan pertahanan planet selepas saintis-saintis mengesan seketul asteroid bersaiz besar sedang meluncur ke Bumi, lapor laman berita Devon Live semalam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) serta Agensi Angkasa Eropah meletakkan asteroid 2024 YR4  dalam senarai ancaman serius berikutan kebarangkalian ia menghentam Bumi agak  tinggi.

Asteroid itu digelar sebagai ‘pemusnah negara’ kerana boleh memusnahkan rantau  yang luas. Letupan yang berlaku sekiranya 2024 YR4 melanggar Bumi,  adalah 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri  China untuk Pertahanan Negara kini merekrut untuk jawatan ‘pertahanan planet’.

Badan itu sedang merekrut orang ramai untuk menghasilkan cara mengesan, memantau dan mungkin memesongkan asteroid YR4. 

Penyelidik Pusat Sains Angkasa Kebangsaan Akademi Sains China, Li Mingtao berkata: “Kita bukan sahaja perlu mengukuhkan konfigurasi dan prestasi peralatan secara menyeluruh, malah mewujudkan pasukan bakat yang berdedikasi untuk pertahanan Bumi.”

Beijing mendedahkan rancangan untuk menghentam asteroid tersebut dengan kapal angkasa bagi mengubah laluannya. 

Mingtao berkata, jika asteroid YR4 menghentam Bumi, ia berkemungkinan akan hancur dalam atmosfera atau terhempas di  lautan.

Namun jika malapetaka ini berlaku, gelombang kejutan dan radiasi boleh memusnahkan bandar bersaiz sederhana serta mencederakan berpuluh-puluh ribu orang.

Asteroid YR4 diramal tiba di Bumi pada 2 Disember 2032. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI