fbpx

Presiden, bekas setiausaha persatuan sukan direman berkait tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan direman bagi membantu siasatan menyeleweng dana persatuan berkenaan. - FOTO IHSAN SPRM

PETALING JAYA – Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan ditahan semalam kerana disyaki membuat sejumlah tuntutan palsu membabitkan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut sumber, kedua-dua lelaki tempatan berusia 60-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, suspek pertama yang juga presiden persatuan berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2023 hingga 2025 dengan mengarahkan setiausaha kehormat memindahkan sebahagian daripada sumbangan kira-kira RM1.3 juta daripada KBS dari akaun persatuan ke akaun miliknya dan anaknya.

“Suspek kedua merupakan bekas setiausaha kehormat pula dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2023 hingga 2024.

“Suspek kedua disyaki membuat tuntutan mengandungi butir matan palsu berkaitan bayaran latihan berjumlah RM15,000 dan subsidi peralatan sukan bernilai RM12,000,” katanya hari ini.

Katanya, tuntutan palsu itu dibuat kepada Majlis Sukan Negeri sedangkan program latihan dan pembekalan peralatan sukan terbabit tidak wujud.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 17 Februari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI