fbpx

Dewan Rakyat: Pinda akta tangani kegiatan tukar, campur beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) dalam usaha membendung kegiatan menukar beras tempatan menjadi beras import.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peruntukan seksyen sedia ada masih longgar dan tidak mencukupi untuk membendung kegiatan itu.

Ujar beliau, pindaan itu kelak akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit.

“Kita tahu akta itu longgar sehingga berlaku kegiatan pencampuran beras,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan selepas sesi penerangan khas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Terdahulu, Mohamad berkata, Akta 522 tidak menyenaraikan kesalahan mencampurkan beras tempatan dengan beras import.

Kata beliau, akta itu hanya menetapkan tujuh jenis kesalahan antaranya menyorok beras dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan

Tambah beliau, antara kesalahan lain menjual beras secara borong atau runcit tanpa lesen serta menjualnya melebihi harga kawalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI