KEMAMAN – Seorang bomoh muda menangis teresak-esak sewaktu membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa disihir pada akhir bulan lalu di Mahkaamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin, 20, juga kelihatan mengesat air matanya beberapa kali sewaktu pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kanak-kanak itu bagi maksud seksual.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Muhammad Adiq Alqbab didakwa melakukan amang seksual kontak fizikal tanpa persetubuhan bagi maksud seksual terhadap mangsa.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE