fbpx

Dewan Rakyat: Penurunan permodalan saham sangat kecil cuma 0.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Permodalan saham hanya mengalami pengeluaran yang sangat kecil iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham sebanyak RM2 trilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan akibat perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) itu tidak memberi gambaran sebenar keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Menurut beliau, Thailand kehilangan empat kali ganda dari Malaysia iaitu 4,123 juta, manakala Indonesia dua kali ganda pada 1,154 juta.

“Secara keseluruhan untuk sembilan bulan pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih mengalakkan.

“Nilai pelaburan dalam sembilan bulan pertama 2024 naik 10.7 peratus berbanding tempoh sama 2023,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) ramai pelabur asing menjual pegangan saham mereka dalam negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pegangan asing di negara ini pada 2023 adalah 19.5 peratus, akhir 2024 19.7 peratus dan Januari 2025 masih 19.4 peratus.

Kata beliau, firma penyelidikan seperti Nomura Global Market Research, JP Morgan, HSBC, sudah menaikkan taraf pengesyoran mereka bagi saham syarikat awam.

“Kalau mata penutup sehingga Februari 2025, memang jatuh sebanyak 2.4 peratus di Malaysia, 6.1 peratus di Indonesia, 7.4 peratus di Filipina dan 8.3 peratus jatuh di Thailand. Ini kesan menyeluruh di seluruh dunia,” katanya.

Anwar berkata, syarikat-syarikat dan institusi kewangan seperti Maybank, CIMB dan Public Bank masih mencatatkan keuntungan besar.

“Maybank mencatatkan peningkatan 9.7 peratus, CIMB 12.3 peratus dan Public Bank 5.8 peratus. Istilah jatuh dan merudum itu salah dari penggunaan bahasa,” katanya.

Tambah beliau, semua indikator ekonomi negara meningkat dan aliran bersih bon daripada pelabur luar adalah positif sebanyak RM1.55 bilion.

“Keputusan Presiden AS, Donald Trump menjejaskan Eropah, Kanada, Mexico, China, Latin Amerika dan Afrika. Apakah ia akan kekal? Kita belum pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI