fbpx

Perodua ditawar taja Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAN. UNITED masih dianggap antara gergasi EPL meksipun prestasi kurang memberangsangkan musim ini. - AFP

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mendedahkan pihaknya mendapat tawaran daripada gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United terutama berkenaan soal penajaan.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin mengesahkan bahawa pihaknya menerima tawaran rasmi daripada United untuk meletakkan logo Perodua pada salah satu baju kelab berkenaan.

“Baru-baru ini, saya menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada boleh memaparkan logo Perodua pada baju mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal. 

“Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,” katanya ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Kelab Golf Saujana hari ini.

ASMAT berucap pada majlis Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Kelab Golf Saujana hari ini.

Ketika ditanya mengenai tumpuan penajaan Perodua dalam bidang sukan khususnya bola sepak tempatan, Asmat berkata, pihaknya perlu mengambil banyak faktor.

“Kami akan mempertimbangkannya, terutama untuk bola sepak di Malaysia. Apapun, kita sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak. 

“Saya berasal dari Johor dan jika saya sokong JDT (Johor Darul Ta’zim), mungkin saya akan kehilangan sokongan pelanggan di Selangor atau Kelantan dan kami perlu berhati-hati siapa yang kami sokong serta taja,” tambahnya.

Sekiranya tajaan itu dimeterai, ia bakal menjadi sejarah baharu bagi syarikat automotif Malaysia dan membuka pintu lebih luas untuk jenama tempatan di pentas antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI