fbpx

Indonesia kosongkan 6 kampung ancaman Laki-Laki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK melarikan diri semasa Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus di wilayah Nusa Tenggara Timur pada 7 November 2024. – AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan peringkat amaran sebuah gunung berapi di timur Indonesia pada tahap tertinggi hari ini, meluaskan zon pengosongan dan mengarahkan penduduk enam buah kampung supaya berpindah.

Pada November 2024, Gunung Lewotobi Laki-Laki di pulau pelancongan Flores meletus berulang kali dengan membunuh sembilan orang, menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan ke Bali dibatalkan dan memaksa beribu-ribu orang berpindah.

Arahan kecemasan terbaru melibatkan gunung berapi puncak berkembar setinggi 1,703 meter itu dibuat selepas pihak berkuasa mengesan peningkatan mendadak  aktiviti vulkanik dan seismik.

“Gunung berapi ini berpotensi meletus,” kata ketua agensi geologi Indonesia, Muhammad Wafiq dalam satu kenyataan hari ini.

Amaran dinaikkan ke tahap tertinggi, empat bermula dari pukul 3 pagi (waktu tempatan) semalam.

Beliau turut memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya banjir lahar.

Katanya, zon pengosongan diperluaskan daripada 5 hingga 6 kilometer di sekitar kawah Gunung Lewotobi Laki-Laki.

“Ini termasuk enam perkampungan yang wajib berpindah,” katanya tanpa menyebut jumlah penduduk yang terjejas. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI