fbpx

Lima beranak mangsa rentung berumur 37 tahun hingga 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA beranak yang rentung dikenal pasti sebagai Laila Fathinah Mustapa, 37 dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13; Izz Daffa Hafizuddin,7; Nur Dalilah Khadijah,6 serta Izz Danish Fathi empat tahun.

JASIN – Identiti lima beranak termasuk empat kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai dekat sini awal pagi tadi telah dikenal pasti.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Laila Fathinah Mustapa, 37 dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6 dan Izz Danish Fathi empat tahun.

Seorang lagi mangsa, iaitu suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, terselamat, namun mengalami sesak nafas akibat menghidu kepulan tebal asap kebakaran.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, hasil soal siasat dijalankan, Muhammad Khairuddin mendakwa dia telah dikejutkan oleh isterinya ketika sedang tidur sebelum memberitahu rumah mereka terbakar.

“Mangsa lelaki cuba menyelamatkan kesemua ahli keluarganya tetapi gagal kerana pergerakannya terbatas ekoran kaki kanannya patah dan dalam keadaan bersimen akibat terlibat nahas jalan raya.

“Dia juga mengalami sesak nafas kerana menghidu asap tebal. Kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 3 pagi dan lima mayat iaitu isteri serta empat anak mangsa ditemui di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan lima beranak termasuk empat kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai dekat sini.

Mohamad Rusli berkata, mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui di bahagian serambi rumah, manakala empat anaknya berusia 13, 7, 6 dan 4 tahun di beberapa lokasi berhampiran jeriji pintu rumah berkenaan.

Katanya, kesemua mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal disebabkan jerjiji tersebut berkunci.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI