fbpx

Trump diminta jual negeri California, harga lebih RM4 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail taman tema Disneyland di Anaheim, California. - Foto AFP

COPENHAGEN –  Aktivis-aktivis Denmark melancarkan petisyen untuk membeli negeri California pada harga AS$1 trillion (RM4.47 trilion), lapor laman berita metro.co.uk semalam.

Ia dilancarkan susulan rancangan Presiden Donald Trump yang mahu Denmark menyerahkan wilayah miliknya,  Greenland kepada Amerika Syarikat (AS).

Kempen itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli negeri AS itu dan menjadikannya sebahagian daripada jajahan Denmark.

Setelah membelinya, Copenhagen dilaporkan akan mengembangkan budaya Denmark di California dan menamakan semula taman tema Disneyland di negeri itu kepada ‘Hans Christen Andersonland’.

Setakat ini, kempen satira itu memperoleh lebih 200,000 tandatangan. Slogan kempen tersebut ialah ‘Jadikan California hebat semula’.

“Jom beli California daripada Donald Trump,” kata laman web kempen itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI