fbpx

Presiden, setiausaha persatuan hoki direman salah guna kuasa RM26,603.44

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG presiden persatuan hoki dan setiausaha kehormat direman lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa dan menyeleweng sumbangan RM26,603.44 antara tahun 2023 hingga 2025. -Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang presiden persatuan hoki bergelar datuk dan setiausaha kehormat direman lima hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa serta menyeleweng sumbangan berjumlah RM26,603.44 untuk kegunaan peribadi.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhamad Fitri Mokhtar membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas suspek masing-masing berusia 59 dan 61 tahun bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Menurut sumber, presiden persatuan hoki sebuah negeri itu disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan setiausaha kehormat persatuan hoki terbabit bagi memindahkan sebahagian wang daripada akaun persatuan ke akaun miliknya untuk kegunaannya sendiri antara 2023 hingga 2025.

Wang tersebut merupakan sebahagian daripada wang sumbangan berjumlah RM1,300,000 bagi tujuan pembiayaan aktiviti persatuan hoki berkenaan.

Sumber itu berkata, manakala setiausaha kehormat persatuan hoki yang juga merangkap Pengurus Pasukan Hoki Sukma negeri pula disyaki telah mengemukakan dokumen permohonan yang mengandungi butir matan palsu.

Lelaki itu disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran latihan pusat atlet hoki negeri pada tahun 2023 berjumlah RM15,000 dan bayaran subsidi peralatan pertandingan pasukan lelaki Sukma negeri berjumlah RM11,603.44.

Kedua-dua tuntutan itu dikemukan ke Majlis Sukan Negeri Johor sedangkan program tersebut langsung tidak dilakukan.

Sebaliknya wang tersebut diselewengkan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya demi kepentingan sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu berkenaan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI