fbpx

[VIDEO] Lima beranak rentung depan pintu jeriji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Berangan Enam.

JASIN – Mayat empat kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai dekat sini ditemui berhampiran pintu jeriji di kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui di bahagian serambi rumah, manakala empat anaknya berusia 2, 7, 12 dan 13 tahun di beberapa lokasi berhampiran pintu rumah.

Katanya, kesemua mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal disebabkan pintu rumah tersebut mempunyai jeriji dan berkunci.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, hanya si suami berusia 30-an yang terselamat dan dikejarkan ke Hospital Jasin, manakala isteri serta empat anak rentung dengan anak-anak ditemui berhampiran pintu rumah.

“Berdasarkan saksi kejadian, mangsa lelaki yang baharu mengalami kemalangan jalan raya bulan lalu sehingga mengakibatkan kakinya patah sempat keluar daripada tingkap rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, mangsa bersama beberapa penduduk kemudian cuba menyelamatkan ahli keluarganya yang lain, namun gagal disebabkan api telah marak.

“Maklumat penuh identiti mangsa masih dalam siasatan susulan kesemua dokumen peribadi telah musnah dalam kebakaran.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI