fbpx

Selangor FC pertimbang hantar ‘ubi muda’ ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian besar pemain skuad pelapis Selangor FC yang beraksi di Piala MFL sudah menandatangani kontrak bagi kempen musim depan.

PENGURUSAN Selangor FC tidak menolak kemungkinan bakal menghantar ‘skuad pelapis’ ke Seberang Tambak jika masih belum ada kata putus daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai status saingan Piala MFL pada musim depan.

Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru-baru ini telah membuka ruang buat mana-mana kelab luar negara untuk menyertai saingan Liga Premier Singapura (SPL) bagi musim 2025/2026 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mengesahkan segala keputusan bergantung dengan MFL selaku pengelola sama ada mahu meneruskan saingan Piala MFL atau kembalikan Liga Premier musim depan.

“Ini adalah perkara yang menarik, tetapi kami belum melihat idea (untuk sertai SPL) dengan lebih mendalam. Kita pun tak dapat lagi pengumuman mengenai Liga Premier atau Piala MFL dan buat masa ini, kita komited dengan Liga Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Johan mengesahkan hampir semua pemain pelapis yang beraksi di saingan Piala MFL sudah menandatangani kontrak bagi mengharungi kempen musim depan.

“Kalau Liga Premier atau Piala MFL kekal pada musim depan, kita akan hantar pasukan beraksi di sini kerana pemain sedia ada sudah menandatangani kontrak. Namun, jika tidak, mungkin kita perlukan pelan B kerana pemain-pemain tiada kejohanan untuk mereka bermain,” katanya.

Saingan Piala MFL telah dianjurkan buat kali pertama dua tahun lalu melibatkan saingan pasukan bawah 23 (B-23) bagi semua 12 kelab yang bertanding dalam kempen Liga Super musim ini.

Namun, terdapat spekulasi bahawa saingan Piala MFL bakal dimansuhkan dengan kempen Liga Premier sebagai divisyen dua bakal dihidupkan semula musim depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI