fbpx

Rangka manusia ditemukan di tepi Pantai Kuala Sungai Badong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGKA manusia yang ditemukan di tepi Pantai Badong di Merchong, Pekan.

PEKAN – Satu rangka manusia tanpa identiti ditemukan orang awam di tepi pantai Kuala Sungai Badong, Merchong di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, rangka berkenan ditemukan seorang nelayan pada pukul 7 petang Isnin lalu.

“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi penolong pegawai penyiasat Sarjan Mejar Othman Mohammad di talian 0129886155 untuk proses padanan Asid Deoksiribonukleik (DNA).

“Polis berharap kepada semua pihak dan orang ramai yang mengetahui perkara ini tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengenalpasti dan menuntut rangka mayat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, rangka berkenaan kini berada di unit Forensik Hospital Pekan.

Dalam pada itu beliau berkata,  semakan telah dibuat dengan ketua ketua-kampung berhampiran dan penduduk kawasan Kampung Badong, Merchong dan Nenasi Pekan namun tiada individu yang dilaporkan hilang.

Katanya, berdasarkan rekod polis juga mendapati tiada orang hilang di kawasan tersebut sehingga kini tiada sebarang laporan berkaitan orang hilang dalam daerah Pekan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI