fbpx

[VIDEO] Rumah terbakar, lima rentung termasuk empat kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dan empat kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan 6, Merlimau, Melaka, awal pagi tadi.

JASIN – Seorang wanita dan empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan 6, Umbai, Merlimau di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Sufian Abu Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, hanya seorang mangsa lelaki ditemui selamat.

Katanya, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.40 pagi dan sepasukan 12 anggota termasuk dari BBP Padang Temu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati rumah jenis separuh kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi sudah terbakar 80 peratus.

“Empat kanak-kanak perempuan dan seorang wanita ditemukan rentung, manakala seorang lelaki didapati masih bernafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI