fbpx

Warga Singapura antara 8 ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rampasan daripada sindiket pengedaran dadan. - Foto IHSAN POLIS

SEREMBAN – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan lapan individu termasuk seorang warga Singapura dalam empat serbuan di sekitar daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, hasil serbuan, polis merampas syabu, kokain dan pil yaba dengan nilai keseluruhan RM1,265,898.

Katanya, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 juga diambil dengan nilai sitaan RM788,579 melibatkan empat buah kenderaan, wang tunai RM 3,920, pelbagai jenis barang kemas dan jam tangan bernilai RM188,068, disyaki hasil aktiviti haram.

“Saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati enam lelaki positif methamphetamine. Kesemua suspek berusia 29 hingga 68 tahun ditahan reman selama tujuh hari hingga esok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI