fbpx

Cikgu tuisyen rugi RM885,000 sertai pelaburan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Nak cepat untung berganda, akhirnya mengalami kerugian yang besar.

Itu yang terjadi kepada seorang guru tuisyen yang mengalami kerugian sebanyak RM886,000 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd. Hamid Abd. Rahman berkata, wanita berusia 43 tahun membuat laporan polis pada hari ini setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa berkenalan dengan suspek melalui laman sosial dan ditawarkan menyertai pelaburan melalui satu aplikasi pada 21 September tahun lalu.

Abd. Hamid

Menurut beliau, suspek telah menjanjikan keuntungan tinggi dan berkali ganda berdasarkan kepada jumlah yang dilaburkan.

“Tertarik dengan keuntungan dijanjikan, mangsa membuat pindahan wang sebanyak 30 kali ke dalam akaun keldai yang diberikan oleh suspek sehingga berjumlah RM886,000.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan keuntungan dijanjikan tidak dikembalikan kepada mangsa sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI