fbpx

Siti terima kejutan hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

PETALING JAYA – Tidak seperti kelaziman pada tahun-tahun lalu yang disambut meriah bersama keluarga besar dan peminat, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa terharu apabila sambutan ulang tahun kelahirannya tahun ini tetap diadakan walaupun dalam majlis ringkas.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram miliknya, Siti tidak menyangka petugas Siti Nurhaliza Production (SNP) membuat kejutan sambutan hari lahir tersebut tanpa diketahuinya. 

“Team (petugas) saya daripada SNP diam-diam merancang kejutan di bilik bersebelahan dengan bilik persalinan saya ketika penggambaran.

“Terima kasih. Walaupun setelah 11 hari berlalu dan saya tidak dapat meneruskan sambutan ini bersama-sama peminat, tetapi SNP adakan juga momen yang bermakna ini. Terima kasih semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut tidak melepaskan peluang memberikan ucapan dan menitipkan doa kepada penyanyi kesayangan negara itu.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin yang popular menerusi lagu Kuasa Cintamu menyambut ulang tahun ke-42 pada 11 Januari lalu. Saban tahun, sambutan hari jadi penyanyi kesayangan negara itu pasti menjadi detik yang ditunggu khalayak, khususnya peminat tegar Siti.

Bahkan hadiah-hadiah hari jadi Siti daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) turut menjadi perhatian ramai.

Jika tiga tahun (2018) lalu Siti menyambut hari lahir dengan pengumuman jantina anak dalam kadungannya, tahun 2021 pula menggamit situasi serupa apabila ibu kepada Siti Aafiyah itu sedang hamil anak kedua. Bezanya, tahun ini Siti yang bakal menghadiahkan Datuk K dengan seorang anak lelaki, mungkin anak bongsu buat Datuk K. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI