fbpx

‘Berisiko tapi saya okey’ — Shuib tanggung hutang puluhan juta ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGAIMANAPUN, Shuib memaklumkan perniagaannya berada dalam keadaan baik.

PETALING JAYA – Pelawak Shuib mengakui menanggung hutan berjumlah jutaan ringgit melibatkan beberapa bidang perniagaan yang dijalankannya.

Menurut Shuib, 40, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, segala hutang tersebut adalah berkaitan perniagaannya dan juga hutang bersama badan-badan kerajaan selain menganggap perkara itu sebagai risiko yang perlu dihadapi.

“Hutang saya lebih kepada hutang berniaga, hutang dengan badan-badan kerajaan contohnya dengan Kastam, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), cukai dan benda yang membabitkan perniagaan.

“Itulah risiko bila kita berniaga. Kalau berniaga kecil-kecil, kita tak pening sangat tetapi apabila melibatkan bisnes yang besar, memang ada cabarannya.

“Bila jualan sudah mencecah puluhan ribu, kita akan rasa besar, sekarang bila jualan pun sudah pergi berjuta-juta jadi risikonya begitulah.

“Tak ada niaga juta-juta yang risikonya kecil. Kata orang besar periuk besarlah keraknya,” katanya.

Shuib bagaimanapun menegaskan perniagaannya masih dalam keadaan yang baik, namun tetap memerlukan pengurusan dan perancangan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kalau kita tersalah urus dan rancang, memang ada risikonya tapi saya okey sahaja.

“Kalau ahli perniagaan nampak benda ini, dia akan rasa itu normal. Baru hebat perniagaan kau juta-juta.

“Saya pegang satu sahaja, dalam apa pun yang dilakukan, selagi kita tak berhenti, maksudnya kita belum gagal.

“Saya sebenarnya tidaklah pandai dan hanya budak kampung tapi bila Allah SWT beri rezeki begini, saya anggap satu anugerah. Pandai atau tidak, kena buat sampai tahu,” katanya lagi. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI