SINGAPURA – Sebuah kereta Porsche dipandu secara melawan arus sebelum berhenti di hadapan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.
Satu rakaman video yang memaparkan insiden itu menjadi tular di laman Facebook.
Pemandu Porsche tersebut enggan berundur atau mengelak ke lorong kanan, sebaliknya terus bergerak ke arah kenderaan di hadapannya.
Pemandunya dilihat seolah-olah mahu mencabar kenderaan yang berada di hadapannya itu.
Video itu diakhiri dengan pemandu kenderaan itu membelok ke kanan bagi memberi laluan kepada kereta Porsche tersebut untuk meneruskan perjalanan. – AGENSI