fbpx

Kereta terlibat kemalangan alunkan muzik ketika kena tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta yang terlibat dengan nahas di Ratchaburi. - Foto Khaosod

BANGKOK – Sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Thailand memainkan lagu walaupun bateri kenderaan itu rosak dan enjinnya telah mati, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Video insiden itu dimuat naik di platform TikTok yang membuatkan pengguna media sosial berasa hairan.

Seorang pemilik garaj kereta, Chakkrit Hadee berkata, kemalangan itu berlaku antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi (waktu tempatan) apabila kereta itu terbabas dari jalan berhampiran persimpangan Chet Samian di daerah Photharam, wilayah Ratchaburi. 

Sejurus tiba, beberapa pekerjanya menemukan seorang wanita muda berusia awal 20-an berada dalam keadaan cedera.

Semasa menunda kereta itu, mereka dikejutkan dengan bunyi lagu daripada genre muzik ‘country’ dimainkan, walaupun ketika itu waktu lewat dan persekitaran sunyi. 

Muzik yang tidak dijangka itu menakutkan pekerja-pekerja tersebut, menyebabkan mereka segera menunda kereta ke balai polis tempatan.

Selepas selesai berurusan di balai polis, mereka menunda kereta itu ke tapak pengumpulan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan, di mana mana muzik misteri itu dimainkan semula.

Chakkrit berkata, dia masih belum dapat memastikan tentang bagaimana muzik itu boleh berkumandang dalam keadaan luar biasa itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI