fbpx

NASA buat persiapan kecemasan asteroid hentam Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELESKOP Balai Cerap Selatan Eropah merakamkan asteroid YR4 (dalam bulatan) pada 25 Januari lalu. - Foto ESO

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan kecemasan untuk menangani asteroid ‘pembunuh bandar raya’, lapor akhbar Metro UK semalam.

Langkah itu dibuat selepas timbul kebarangkalian lebih tinggi bahawa batuan angkasa itu diramal menghentam Bumi pada 2032.

Ahli-ahli astronomi kini memantau Asteroid 2024 YR4 yang pada masa ini mempunyai peluang 2.3 peratus untuk berlanggar dengan Bumi.

Batuan selebar 91.44 meter itu  mempunyai saiz sama dengan Patung Liberty di New York atau Menara Jam Big Ben di London. Ia telah berada dalam senarai pantauan NASA selepas pertama kali ditemui pada Disember 2024.

Asteroid itu kini meluncur laju ke arah Bumi pada kadar yang membimbangkan.

“Ahli-ahli astronomi di seluruh dunia menggunakan teleskop berkuasa untuk mengukur orbit asteroid itu setepat mungkin,” kata jurucakap Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Pihak NASA telah meminta bantuan daripada Teleskop Angkasa James Webb untuk mengkaji YR4 dan mengukur berapa banyak kerosakan yang akan berlaku jika ia menghentam Bumi.

Berdasarkan pengiraan semasa, hentaman YR4 akan menjadi lebih kurang sama dengan asteroid Tunguska yang meratakan kawasan seluas 2,150 kilometer persegi hutan Siberia, Russia pada tahun 1908. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI