fbpx

Cuckoo rai 120 anak yatim dalam majlis #SAMASAMABuatBaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza turut menyampaikan tiga buah lagu termasuk Yue Liang Dai Biao Wo De Xin, Zheng Fu serta Bukan Cinta Biasa.

PETALING JAYA – Sempena sambutan Tahun Ular, Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) Malaysia, Cuckoo International Berhad (Cuckoo) bersama dengan Yayasan Nurjiwa, menjiwai semangat beri-memberi dengan Majlis Makan Tengah Hari Amal Tahun Baru Cina #SAMASAMABuatBaik di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Cuckoo dalam satu kenyataan berkata, acara itu menyatukan lebih 120 anak yatim dan tetamu warga emas dari Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Jing Sun, Yayasan Sunbeams dan Rumah Charis untuk sambutan bermakna yang penuh mesra, gembira dan semangat kebersamaan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, beliau menyatakan dedikasi terhadap membina komuniti dengan berkata, pihaknya percaya yang kemakmuran hanya bermakna jika ia dikongsi bersama.

“Pasukan kami sentiasa memandang ke hadapan untuk mencari pelbagai cara untuk memberi impak positif terhadap komuniti, jadi kami sangat berbesar hati dapat menyebarkan kemesraan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Tahun Baru Cina ini, supaya tiada yang ketinggalan dalam suasana perayaan.

“Menyambut musim perayaan ini #SAMASAMA dengan lebih dari 120 kanak-kanak dan warga emas adalah sangat menyejukkan hati dan kami harap makan tengah hari ini membawa senyuman ke wajah-wajah mereka.

“Malah, kami juga sentiasa menunggu peluang baharu untuk menyumbang kepada komuniti pada masa akan datang,” jelasnya.

Dalam acara tersebut bermula dengan sambutan meriah yang menampilkan tarian singa dan persembahan topeng (bian lian) oleh kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Jing Sun dan nyanyian ‘Bukan Cinta Biasa’ oleh Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa dan juga Duta Cuckoo Datuk Seri Siti Nurhaliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI