fbpx

Bukan Nadeera yang ditangkap khalwat dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut pengurus, Bukan Nadeera yang ditangkap khalwat dengan suami orang.

PETALING JAYA – Nama disebut-sebut sebagai selebriti  yang ditangkap khalwat bersama suami orang, pengurus penyanyi Nadeera menafikan dakwaan tersebut.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Acap, Nadeera, 31, kini sedang sibuk membuat persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

“Bukan Nadeera, saya tidak mahu jawab apa-apa.

“Semalam, dia ada raptai dan sesi ‘fitting’ baju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Dalam masa sama, Acap menegaskan bahawa kontroversi tersebut menganggu tumpuan kepada penglibatannya dalam pentas berprestij terbabit.

“Perkara ini sudah menganggu fokus Nadeera untuk AJL.

“Semalam pun dia hanya buat raptai sahaja,” ujarnya.

Hari ini, kecoh mengenai berita tentang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tangkap khalwat penyanyi wanita dengan suami orang dalam sebuah rumah sewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI