PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan hari ini.
Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, dikatakan bernikah dengan seorang wanita berusia 37 tahun dikenali Khalizah Alihan di sebuah madjid di Jitra. Kedah.
Menerusi laporan sebuah portal berita, wanita pilihan Fikry pernah terbabit dalam dunia hiburan dan pernah menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.
Berita pernikahan pasangan itu dilaporkan sudah dikongsi beberapa kenalan terdekat dalam media sosial.
Sebelum itu, tular beberapa keping foto memperlihatkan Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, bersama pasangannya itu dinikahkan dipercayai di sebuah masjid.
Difahamkan pasangan ini sah disatukan dengan sekali lafaz. Sehingga kini usaha Kosmo! Online mendapat pengesahan daripada Fikry belum berjaya. – KOSMO! ONLINE