fbpx

PN kesal usul sidang tergempar bincang konflik Palestin ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar di Parlimen.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) kesal usul sidang tergempar bagi membincangkan konflik di Palestin khususnya berkenaan nasib penduduk di Gaza ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sidang tergempar itu dillihat sangat kritikal susulan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berterusan mempromosikan idea untuk melakukan pembersihan etnik dan mengusir penduduk Gaza dari tanah air mereka.

Katanya, usul sidang tergempar itu juga perlu diadakan sebagai manifestasi atau penzahiran pendirian rakyat Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya rancangan Trump di Gaza.

“Saya faham pemimpin di seluruh dunia ketika ini sedang berhati-hati untuk melontarkan pandangan yang mungkin ditakuti akan membuat Trump marah. Jadi, saya faham kekangan yang dimiliki oleh Perdana Menteri dan Wisma Putra.

“Sebab itulah Parlimen boleh digunakan untuk menyatakan pendirian rasmi kerajaan kerana kami mewakili hasrat rakyat dalam menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap cadangan gila Trump yang menjurus kepada pembersihan etnik di Gaza,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Katanya, ini bukan kali pertama PN mencadangkan usul sidang tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan isu Palestin sebaliknya merupakan kali kelima sepanjang tempoh dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI