fbpx

Dembele seperti bermain PlayStation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE (tengah) sudah meledak 18 gol dalam 11 aksi terakhir termasuk dua ke atas Brest awal pagi semalam. - AFP

BREST – Pengendali Paris Saint-Germain, Luis Enrique menganggap dirinya sedang bermain permainan video selepas memacu pasukan menang 3-0 ke atas Stade Brestois pada aksi playoff pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Ia merujuk kepada Ousmane Dembele selepas pemain sayap tersebut terus menjelmakan kualiti luar biasa dengan menyumbangkan dua gol selepas Vitinha membuka jaringan buat PSG dalam aksi di stade Francis Le Ble itu.

“Anda perlu tanya sendiri kepadanya (Dembele) apa yang dia makan ketika sambutan Krismas kerana pada perlawanan ini dia begitu yakin. Pengalaman saya bermain PlayStation, Ousmane (Dembele) adalah pemain yang sering dipilih untuk mengubah perlawanan.

“Dia juga cemerlang tahun lalu tetapi 2025 ini lebih baik. Dia mempunyai sikap yang tepat dan kita boleh lihat semua rakan sepasukannya sentiasa mencarinya dalam padang,” kata Enrique.

Rekod yang dicatatkan bekas bintang Barcelona berusia 27 tahun itu agak luar biasa apabila kini menjaringkan 18 gol dalam 11 perlawanan terakhir menyaksikan Enrique mengakui PSG berada di landasan tepat untuk mara ke pusingan 16.

Bagaimanapun, Dembele enggan mengambil kredit secara bersendirian dan lebih gemar memuji bantuan daripada rakan sepasukannya.

“Bukan senang kerana kami sudah mengenali Brest. Kami kekal fokus dan saya fikir kami adalah pasukan yang lebih dinamik,”jelas pemain Perancis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI