fbpx

Cuba-cuba pegang buaya sebelum digigit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan tangan gadis digigit seekor buaya di China pada 1 Februari lalu. - Douyin

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila tangannya digigit seekor buaya ketika melihat reptilia itu di sebuah pameran terbuka di China, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian berlaku di Plaza HUA di bandar Shenzen, wilayah Guangdong pada 1 Februari lalu. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang disiarkan oleh media Hong Kong memaparkan kanak-kanak itu melihat buaya berkenaan sebelum memasukkan tangannya ke dalam kolam kaca. 

Reptilia itu kemudian melompat dari air lalu menggigit tangan mangsa selama kira-kira dua saat sebelum dilepaskan, menyebabkan tangannya cedera.

Pengurus yang bertanggungjawab bagi pameran itu menyalahkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana mengabaikan keselamatannya. 

Penganjur bagaimanapun bersetuju untuk membayar kos perubatan tetapi tidak akan menanggung pampasan tambahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI