fbpx

F1: Perez kembali ke trek musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ disingkir oleh Red Bull untuk saingan musim ini ekoran prestasi hambar sepanjang musim lalu. - AFP

LONDON – Bekas pelumba Red Bull, Sergio Perez dikhabarkan dalam proses rundingan untuk kembali ke kancah perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan baharu, Cadillac pada tahun 2026 nanti.

Cadillac dilaporkan ingin memiliki barisan pemandu yang berpengalaman untuk membina pasukan itu dengan kompetitif dan Perez dilihat sebagai pilihan terbaik untuk pasukan dari Amerika Syarikat tersebut.

Perez mempunyai pengalaman 14 tahun dalam F1 termasuk enam kemenangan Grand Prix, dikatakan sudah mula berhubung dengan pihak Cadillac selepas tempatnya dalam perlumbaan 2025 tertutup berikutan aksi hambar musim lalu.

Pemandu Mexico berusia 35 tahun itu meninggalkan Red Bull selepas kempen mengecewakan pada 2024 yang menyaksikannya ketinggalan 224 mata di belakang rakan sepasukan, Max Verstappen.

Red Bull mengambil keputusan menggantikan Perez dengan Liam Lawson untuk musim 2025, sekali gus menyaksikan pemandu Mexico itu tidak mempunyai tempat di grid perlumbaan musim ini.

Walaupun rundingan antara Perez dan Cadillac semakin serius, segala perancangan bergantung kepada keputusan akhir FIA dan Formula One Management (FOM) mengenai penyertaan pasukan itu pada 2026.

Cadillac dilaporkan telah memanggil lebih 300 pekerja dan sedang berunding dengan beberapa pembekal termasuk mencapai kesepakatan dengan Ferrari bagi membekalkan enjin selama dua musim pertama.

Bagaimanapun, selagi tiada pengesahan rasmi mengenai penyertaan mereka dalam F1, sebarang perjanjian antara Perez dan pasukan ini dijangka tidak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI