fbpx

Selangor FC ‘pening’ stadium makin suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Selangor FC dianggap antara yang menjadi 'pemain ke-12' terbaik pada awal musim sehingga menyaksikan tiket perlawanan membabitkan pasukan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sentiasa habis terjual. - Foto ihsan Selangor FC

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) yang lebih lama berbanding ‘tradisi’ sebelum ini menjadi salah satu punca utama yang menyumbang kepada kehadiran penyokong yang semakin berkurangan ke stadium sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon mengakui isu ‘stadium sepi’ bukan sahaja melibatkan skuad Gergasi Merah sebaliknya turut dialami oleh sebahagian besar kelab-kelab dalam Liga M.

Menurut Johan, sokongan padu peminat setia Merah Kuning terus ditagih untuk memberi sokongan terhadap usaha barisan pemain dan juga kejurulatihan terutama menjelang aksi final pertama Piala Cabaran menentang PDRM FC minggu ini..

“Kita memang harapkan penyokong dapat datang balik ke stadium dan kita perlu lakukan yang lebih baik untuk memastikan mereka teruja menyaksikan perlawanan ke stadium.

“Senario ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi di seluruh negara. Tempoh dua atau tiga bila bulan baru-baru ini memang minat penyokong agak kurang.

“Mungkin ini berpunca daripada musim yang lebih panjang tetapi kalau kita sudah jumpa tarikh liga baharu di mana liga menjadi kalendar 12 bukan, mungkin ia dapat kurangkan isu ini.

“Saya rasa (transisi liga) menjadi antara sebabnya kerana daripada 12 bulan, (saingan liga) jadi 17 bulan. Isu ini bukan setakat memberi kesan kepada penyokong dan pemain tetapi kepada pengurusan juga.

“Dengan banyak isu yang negatif, maka penyokong pun nampak negatif jugalah. Banyak faktor sebenarnya tetapi saya fikir transisi ini menjadi antara salah satu faktornya,” kata Johan ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, penyokong Selangor FC dianggap antara yang menjadi ‘pemain ke-12’ terbaik pada awal musim sehingga menyaksikan tiket perlawanan membabitkan pasukan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sentiasa habis terjual.

Namun, kelab gergasi Lembah Klang itu akhirnya terpalit dengan isu ‘stadium sepi’ apabila kehadiran semakin merosot dengan aksi bertemu finalis Piala Malaysia, Sri Pahang di Stadium MBPJ Sabtu lalu hanya mencatatkan 3,023 kehadiran penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI