fbpx

Bunga paling busuk mekar di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bunga mayat yang mekar buat pertama kali selepas 15 tahun di Australian National Botanic Gardens. - ABC News

CANBERRA – Sejenis tumbuhan terancam yang berbau sangat busuk akhirnya mekar buat kali pertama selepas 15 tahun di sebuah taman botani di Australia, lapor  laman berita Sky News kelmarin. 

Dikenali sebagai ‘bunga mayat’ atau nama saintifiknya titan arum, tumbuhan itu mekar sekitar waktu tengah hari pada Sabtu lalu di Taman Botani Kebangsaan Australian, Canberra. 

Titan arum juga dikenali sebagai bunga bangkai yang tumbuh meliar di barat Pulau Sumatera, Indonesia. 

Selain mengambil masa sehingga sedekad untuk mekar, bunga mayat juga mengeluarkan bau seperti daging mereput  dan bangkai. 

Ramai pengunjung yang hadir ke taman berkenaan menutup hidung mereka kerana tidak tahan dengan aromanya. 

Pemangku pengurus tapak semaian Canberra, Carol Dale berkata, baunya sama seperti bangkai, telur dan stokin busuk, najis manusia serta sampah sarap. 

“Pada petang Sabtu, baunya semakin menyengat. Kami dapat menghidunya dari jarak jauh dan ia sangat tidak menyenangkan,” tambah Dale. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI