fbpx

Malaysia eksport minyak sawit bernilai RM288.23 juta ke Asia Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengeksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit berjumlah 54,665 tan, dengan nilai sebanyak RM288.23 juta ke negara-negara di Asia Tengah iaitu negara Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan tahun lalu.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, pihaknya melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) terus komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peserta utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah di samping meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.

“Asia Tengah merupakan destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, MPOC selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan minyak sawit Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif di rantau tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai usaha terbaharu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk menjadikan Malaysia sebagai peserta industri terbesar dalam pembekalan minyak kelapa sawit di Asia Tengah dan kembali dominan dalam pengedaran minyak sawit di Pakistan.

“Bagi pasaran minyak sawit di negara Pakistan pula, negara tersebut masih kekal sebagai antara negara 10 pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dengan import sebanyak 860,260 tan pada 2024.

“Kementerian ini memberi fokus kepada permintaan minyak makan (edible oil) dan lokasi strategik negara tersebut sebagai sebagai pintu masuk ke Asia Tengah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI