fbpx

Hanya dibenar surcaj 10 peratus harga tiket, jangan naikkan melampau – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

SHAH ALAM – Semua syarikat bas ekspres tidak dibenarkan menaikkan tambang bas secara melampau dan terlalu tinggi ketika musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana kerajaan telah membenarkan syarikat terbabit mengenakan surcaj 10 peratus kepada penumpang mereka ketika musim perayaan.

“Bas ekspres dibenarkan untuk surcaj 10 peratus dan perkara itu (telah dilakukan) sudah berpuluh tahun. Pada Tahun Baru Cina, hari raya Aidilfitri (dan perayaan lain) kita benarkan surcaj 10 peratus (dikenakan kepada pelanggan),” katanya selepas majlis pecah tanah Exio Logistics Hub di Bandar Elmina, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan beberapa pengguna media sosial berhubung kenaikan tiket bas ekspres pada musim Perayaan Aidilfitri selepas mendakwa kenaikan itu telah berlaku semasa Tahun Baharu Cina, bulan lalu.

Jelas Anthony, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap syarikat bas ekspres yang terlibat sekiranya melakukan kesalahan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI